Sunday, 21 April 2013

Takdir Untuk Kita


Begitu akhirnya takdir 
yang tersurat untuk kita
kita semakin jauh dan terasing...

Kadang-kadang terasa kehangatan
dan rindupun mengajar aku
untuk terus mengingati mu.

Tanpa terduga
hari ini kita bertemu semula
berbicara lagi
ada nada-nada mesra
dalam kata-kata
dan bicara sepi kita
biarpun kenyataan diri
tenggelam dalam kepayahan.

Takdir kini menjadikan
antara kita sepasang sahabat
yang luhur tanpa dendam
tiada lagi khianat
juga deraian si air mata.

Takdir mempertemukan kita
di hujung usia
selamat berbahagia 
wahai sahabat.

Terima kasih ALLAH
kerana takdir MU
begitu indah 
yang telah ku kecapi 
pada hari ini.




No comments:

Post a Comment