Setiap kali pengakhir Ramadhan dan di ambang Syawal..
Hati semakin digamit-gamit..
Rindukan suasana desa..
Tanah kelahiran..daerah tercinta..
Yang semakin jauh ku tinggalkan ..
Di telan masa yang berlalu..
Begitu pantas dan laju..
Kali ini dada ku semakin sebak..
Mengenangkan ibu ayah yang telah lama pergi..
Menyahut panggilan Ilahi..
Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba..
Terkenang saat-saat manis..
Seisi keluarga berganding bahu..
Menyediakan keperluan seadanya..
Dengan penuh nikmat bahagia..
Teringin sekali merasai masakan ibu..
Yang tiada tandingannya..
Pusara mereka sudah dua tahun tidak ku jenguk..
Bukan kerana lupa atau sengaja..
Mungkin keadaan yang tidak mengizinkan..
Syawal kini yang bakal mendatang..
Ku harap dapat lagi mengulangi..
Tanah pusara ibu dan ayah..
Yang selalu terbiar dalam sepi....


No comments:
Post a Comment