Sunday, 28 April 2013

KHD......KAMPUNG HAJI DAHALAN


KHD
aku datang lagi
menjengah bumimu yang damai
redup dan penuh nostalgia...
   Suatu waktu dahulu
   aku bangga mengunjungi
   kehijauan pepohon rimbamu
   menikmati kemerduan nyanyian si unggas pagi
   mesranya lambaian penghunimu
   dan ramahnya sapaan kalian.
KHD
kedatanganku di pagi 21 November
biarpun kerana terpaksa
namun tetap bersama keikhlasan
kerana aku tahu
kedatanganku tidak disambut
malah untuk terus dihargai
aku terkilan.....
     Namun masih ada yang sudi
     menghulur salam buatku
     dan masih ada yang mengingati
     sejarah kedatanganku dahulu
     lewat musim-musim yang pergi
     bersama gugurnya kelopak mawar merah
     aku terharu di dalam senyum sendu.
KHD
dahulu ...kini...dan selamanya
bumimu tetap menjadi lagenda
melodi hatiku yang musnah....




No comments:

Post a Comment