1986 yang semakin tenggelam
Oleh waktu-waktu
Tersisih pada garis semalam
Indah bahagia duka dan derita
Buat seorang aku
Di puncak hidup jiwa remaja
Ceria megah di singgahsana hati
Senyum tawa buat sebentar
Lalu terkulai layu
Rebah ke bumi tandus
Sekuntum mawar merah
Kering penuh kehampaan
Dari robekan perasaan
Yang musnah sebuah harapan.
1986 yang semakin pergi
Kini bukan lagi dari rentetan silammu
Kerana suria yang terbit hari ini
Adalah milik kebahagiaanku
Suami dan putera-puteriku
Ibarat dedaun hidup
Ada kisah dan dukanya
Ada cinta dan rahsianya
Ada kemungkinan yang nyata.
1986 yang semakin hilang
Tetap di dalam kenangan
Biarpun bibit-bibit rindu
Terus mengharum mekar
Buat suami dan putera puteriku.



No comments:
Post a Comment