Ramai yang memanggil emak...mama...bonda
tak kurang dengan gelaran ummi
namun walau apa panggilan atau gelaran sekalipun
mereka tetap orang yang sama
ibu.........
Semenjak lahir dan mengenal dunia
ibu bertakhta di hati kita
ibu adalah ratu hati
tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini
tanpa mereka kita bukan siapa-siapa.
Dari kecil ibulah yang menyuapkan
makanan untuk kita
mengajar kita bertatih
memimpin kita berjalan.
Pabila kita semakin membesar
ibu laksana guru
membimbing mengasuh mendidik
segala kebaikan dan pengajaran
untuk lebih mengenali
rencah hidup duniawi.
Dan di usia remaja kita
ibulah umpama rakan paling setia bagi kita
menangislah di bahu maupun di riba
bermanjalah senakal atau seadanya
bermesralah semaunya
tanpa jemu atau muak
ibu tetap di sisi
selaku kekasih sejati.
Ada waktu ada ketika
herdikannya bukanlah kerana membenci
marahnya bukan kerana sakit hati
tapi kerana kasih dan cinta yang berpanjangan
demi tunjuk ajar yang berguna
tanpa keraguan dan tak pasti.
Ibu.....
keluhuran hatimu tiada berbelah bagi
bagi setiap anak-anakmu
pesanan mu kusanjung tinggi
namun jasamu tak mampu ku balas
sehangat kasih ibu
akan ku sanjung sampai mati.


No comments:
Post a Comment