Monday, 29 April 2013

KIASAN KATA


Jangan pertikaikan kehidupan orang lain
Perbaiki dulu diri sendiri...
Rezeki itu tidak datang bergolek
Dan tiada rezeki yang diterima
Tanpa keredhaan Illahi.

Jangan menidakkan apa yg orang lain dapat
Tapi selidiki dulu apa kelemahan diri
Betapapun tinggi kejayaan seseorang itu
Tak perlu di iri hati
Mungkin dia telah banyak kehilangan...
ataupun ketinggalan sesuatu.
Dan betapa rendah dan daif seeorang lain pula
Jangan diperkecil atau memberi penghinaan
Mungkin dia mempunyai kelebihan
Yang tiada pada orang lain...
Renungkanlah.....

Jangan menyombong pabila
Berada di puncak jaya
Apatah lagi mencebik pada mereka
Yang masih menunduk ke bumi
Kaya mewah dan sanjungan yg dikecapi
Umpama perhiasan sementara duniawi
Tiadakan kekal buat selamanya.

Jangan mendabik dada lantas
mengutuk sesama sendiri...
Tapi hulurkan bantuan
Setakat yg termampu
Kudus dan ikhlas di hati
Itu lebih mulia dan terpuji
Kerana tangan yang memberi
Lebih baik daripada tangan yang menerima...
Fikir-fikirkanlah......


No comments:

Post a Comment