Ada pada waktu-waktunya
Tiba-tiba hati diburu resah
Dan pada ketikanya pula
Sayu pilu menggamit tiba
Itulah padang kehidupan
Terkadang dalam resah ada nikmat
Yang terasa tanpa kita sedari
Dan dalam sengsara pula
Ada bahagia yang singgah
Walaupun untuk sebentar cuma
Yang pahit itu tidak semestinya
Hamparan duka
Dan yang manis pula
Bukanlah luahan bahagia
Kerana setiap cerita kehidupan
Ada hikmah yang tersembunyi
Disebalik yang tersurat


No comments:
Post a Comment