Aku kembali lagi ke daerah ini
Dengan selaut harapan
Dan sepuncak rindu
Namun aku terpaku seketika
Terpandang sekeliling...
Daerah ini
Tidak lagi sedamai kelmarin
Puluhan pohon kian merimbun
Semak samun begitu menyesakkan
Daerah ini
Tiada lagi lambaian nyiur
Yang lembut menggamit mesra
Tiada lagi sapaan sepoi
Yang leka menyapu pipi
Tanpa adanya warna-warni
Setaman bunga-bunga kasih
Aku kambali lagi ke daerah ini
Bersama seberkas kenangan
Di mana suatu waktu dahulu
Sinilah padang permainanku
Inilah dunia remajaku yang indah
Namun daerah ini
Aku menjadi hiba
Pilu menepuk jiwa
kerana kedatanganku kali ini
Sendirian yang jauh terasing
Tanpa kusedari
Ada manik-manik jernih
Turut menjadi teman menyaksikan
Daerah ini
Yang telah lama kutinggalkan.



No comments:
Post a Comment