Friday, 26 April 2013

SEADANYA

Bersyukur atas apa yang dimiliki
Makan pakai yang cukup seadanya
Rumah walaupun kecil asalkan selesa
Beroleh kesihatan yang baik-baik
Suami yang penyayang
Pengikat keharmonian rumah tangga
Hati tenang ..gembira..bahagia
Anak-anak yang sihat dan ceria
Penyeri sebuah keluarga idaman semua.

Bersyukur atas kurniaanNYA
Tidak perlu bermegah-megah dengan kemewahan
Andai hati kacau bilau
Tak tentu haluan
Buat apa mendabik dada
Kononnya akulah yang kaya
Sedang hati resah gelisah
Keluarga tunggang langgang
Hidup beralas noda
Dosa menghimpit dada
Syaitan merasuk jiwa.

Bersyukurlah seadanya
Bersederhana dalam serba serbi
Berlindung di bawah lembayung taqwa
Berlandaskan keimanan
Tanpa tersasar dari jalanNYA.

Bersyukur atas segalanya
Apa saja yang kita miliki
Seadanya.....
Kerana semua kenikmatan itu adalah
Sekadar pinjaman duniawi
Hiasan buat sementara
Andai ajal menghampiri
Hanya kain putih membalut tubuh
Dan amalan kita
Yang dituntut.





No comments:

Post a Comment