~~KAMI BENCI DADAH~~
Dadah durjana
Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara
Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami rempuh
Hancur dadah jaya rakyat
Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita
Perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua
Mari saudara
Jangan habiskan
Usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa...
Lagu ini.....mengimbau kenanganku semasa usia remaja.Waktu itu aku baru melangkahkan kaki ke SMSK...sebuah sekolah yang tidak asing lagi ..meniti dari bibir ke bibir.
Dunia yang mengajar aku erti jiwa remaja yang sering berpegang pada keseronokan..keindahan dan sesekali terselit kepahitan. Lagu ini adalah lagu wajib yang dinyanyikan pada awal sesi pembelajaran kami. Tidak kira mata pelajaran pertama ataupun guru pertama yang memasuki kelas pagi itu akan diperdengarkan bait-bait lagu tersebut. Kelas 6 Rendah Sastera waktu itu adalah kelas yang paling popular sekali.....bila menyanyi..kami akan menyanyi dengan lantang dan bersemangat sekali. Ah kenangan...biarpun sudah menjangkau dua puluh lima tahun ianya berlalu namun semua kenangan tersebut sering terakam kembali meniti usia ku. Bagi aku tahun 1985 dan 1986 adalah tahun-tahun yang begitu hidup dan paling bererti dalam sejarah kehidupanku.
Aku masih lagi ingat nama-nama guru-guru di waktu itu.Cikgu Halimaton selaku guru kelas 6 RS 1.Cikgu Hashim bin Mamat mengajar Sejarah Islam..sering melawak dan baik dengan pelajar. Cikgu Shaharudin bin Mat Asik...guru Sejarah Asia Tenggara..Cikgu Tan Lek Soon guru Ekonomi yang agak keterlaluan dan lucah berkata-kata...Cikgu Tan Yok Chew pula adalah guru mata pelajaran Geografi.
Aku bangga kerana menjadi salah seorang pelajar SMSK pada masa itu. Banyak masa-masa ku dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran. Aku memang minat belajar. Tanpa disuruh atau dipaksa.Setelah beralih tahun aku masih kekal di dalam kelas 6 Atas Sastera 1.
Dunia remaja ku pun bermula seawal 1986. Indah dan amat manis sekali. Walaupun berakhir dengan kehampaan namun kepahitan yang aku alami beberapa tahun selepas itu kini menjadi suatu memori terindah dan termanis dalam kamus hatiku.
Aku kini hanyalah AKU yang tidak pernah menggapai semua impian yang pernah aku harapkan.Aku cuma ibu..isteri dan kini baru ingin memulakan hidupku dengan berniaga secara kecil-kecilan. Segala usahaku semasa bersekolah dan semua kejayaan yang aku raih selama ini akhirnya menuju ke matlamat ini. Mungkin aku sudah terlalu jemu menangisi nasibku.....tapi aku sedari segalanya adalah kehendak ILLAHI.
Jauh di sudut hati aku merasa tersingkir dan terasing daripada kawan-kawanku...Surya..Rohana..Mah..Jah..Wa..AE..Zhariah..Mazurah..Faridah..Magline..Praba .........
Jauh di sudut hati aku merasa amat malu terhadap kawan-kawan sekelasku seperti...Jaleel..Omar..Pozi..Fauzi..Ashraff..Hamdan..Ghazali ..Bad dan hampir semua rakan-rakan yang lain.
Mereka masing-masing menjunjung kejayaan yang tiada pernah aku rasai...tidak dapat aku miliki sampai bila-bila. TAHNIAH...kawan-kawan....atas kejayaan kalian pada hari ini.
TAHNIAH juga aku kalungkan pada sebuah nama yang tidak pernah aku lupakan sepanjang perjalanan ku selama ini..MF. Semoga kalian terus berjaya dan bahagia buat selamanya.......
Aku tetap aku yang dulu. Seorang gadis sepi semasa remaja....jolokan Cikgu Shaharudin suatu waktu dahulu. Seorang ibu yang sering mengharapkan kejayaan anak-anak. Seorang isteri yang sunyi tanpa perhatian dan layanan yang sempurna dari seorang suami. Duniaku hanya lagu-lagu kenangan yang boleh menceriakan hati dan perasaanku.