Misla Jamilah ... begitulah nama yang ayahku beri padanya. Setelah dilahirkan kira-kira tiga puluh lima tahun yang lepas...aku amat menyayanginya. Setahu aku..ketika ayah memberitahu kami empat beradik yang merupakan kakak-kakaknya, aku seolah tidak suka mempunyai adik perempuan. Aku pernah mencebik setelah mengetahui emak melahirkan anak perempuan juga. Mana aku tahu erti suka atau sebaliknya..cuma emak dan ayah yang berharap sangat mendapatkan anak lelaki membuatkan aku menjadi begitu.
Kini aku bersyukur kerana dialah adik yang amat memahami rentak hatiku. Adik...gelaran yang emak beri masih melekat hingga ke hari ini. Walaupun kami memanggilnya dengan nama tapi dia tetap membahasakan dirinya dengan gelaran itu. Sudah sinonim dengannya....
Semasa kecilnya...semasa baru mengenal dunia ... aku sering menjaganya. kebetulan waktu itu aku bersekolah pada sesi petang jadi emak meletakkan harapan untuk aku menjaganya ketika emak sibuk dengan kain basuhan mahupun memasak makanan. Akulah yang mendodoikannya hingga tidur di dalam buaian. Ada masanya aku membawanya ke hulu ke hilir di dalam kereta sorong di waktu pagi.Inilah yang menjadikan aku hampir dengannya.Rapat dengannya. Walaupun emak ayah selalu memanjakannya tetapi aku jarang merasa iri hati. Bukan aku memuji diri tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.
Begitulah seterusnya sehingga 'adik' melangkah ke alam persekolahan. Sedari kecil 'adik' sudah comel....apatah lagi bila semakin membesar 'adik' menjadi bertambah comel. Sewaktu adik bersekolah...akulah yang menjadi 'gurunya' . Comel 'adik' ku comel tapi malas pulak mengulangkaji.Jadi ayah menyuruh aku membantunya menyiapkan kerja-kerja sekolah yang gagal dilakukannya seorang diri.
Tetapi itu dahulu...sewaktu kecilnya...kini pabila dewasa....adik lebih bijak daripadaku dalam soal-soal pengetahuan termasuklah IT. Lumrah hidup...kalau dulu adik selalu mengajukan soalan padaku namun kini adalah sebaliknya......
Remaja adik adalah singkat kerana jodoh adik terlalu cepat menghampirinya....Alhamdulillah...adik dijodohkan dengan pilihan hatinya. Pada tanggal 16hb Jun 1996...mereka diijab kabulkan. Kini kebahagiaan melingkari kehidupan mereka seadanya. Dengan puteri seramai dua orang...adik dan suaminya terus mengecap nikmat kebahagiaan hidup berkeluarga. Aku tetap bangga mempunyai adik sepertinya. Aku amat sayang pada adik sekeluarga. Masa dan keadaan jarang mempertemukan kami namun kami tetap erat seperti masa kanak-kanak dahulu. Aku tetap sayang padamu...ADIK.
HADIAH DARI ACIK SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KALIAN.......


No comments:
Post a Comment