Wednesday, 15 May 2013

HARI Sempena 27 hb. Oktober......


Hari demi hari ku lalui
Pasti dan amat kuyakini
Esok atau lusa pasti ku temui
Sejambak mawar merah
Menjadi teman baik
Menyusuri danau tohor
Yang dahagakan embun kasih..


Dahulu setiap hari yang berganti
Terlalu dangkal erti cinta sebenar
Yang tatkala wujud di siang hari
Lalu hilang di sebalik mentari beradu
Aku mencari dan terus mencari
Lantaran diri semakin lara
Dibalut sepi memuncak
Dingin bak salju membeku
Suram umpama bumi ditimpa gerimis petang
Aku lemas dan lelah
Dalam sepi dan rindu selama ini..


Kini hari yang ku nanti
Moga hilanglah sepi lara ku
Suburlah kasih di jiwa membiru
Mekarlah kau mawar syahdu
Harumlah mewangilah
Dari semaian naluri ku
Seorang waanita
Perindu setia
Cinta dan kasih sayang
Seorang lelaki bernama SUAMI.


 

No comments:

Post a Comment