'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
1 Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,malaikat akan bersamanya didalam pakaiannya.Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa
'Ya Allah ampunilah ia dan sayangilah ia'..
2 Orang yang sedang duduk menunggu solat..
Rasulullah SAW bersabda:
Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat,selama mana ia berada dalam keadaan suci,kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya. 'Ya Allah..ampunilah ia sayangilah ia'..
3 Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat berselawat ke atas orang yang berada pada saf depan..
4 Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah..
Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat pada orang yang menyambung saf..
5 Kalangan malaikat mengucapkan amin ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah..
Rasulullah SAW bersabda:
Seorang imam membaca ayat terakhir sehingga selesai,ucapkanlah oleh kamu amiin kerana sesiapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat,dia akan diampuni dosanya yang lalu..
6 Orang yang duduk di tempat solatnya selepas menunaikan solat..
Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada didalam tempat solat.
7 Orang yang menunaikan solat subuh..
Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu malaikat yang menyertai hamba pada malam hari dan malaikat siang tetap tinggal.
8 Orang yang mendoakan saudaranya..
Doa orang muslim yang dilakukannya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan..
9 Orang yang membelanjakan harta infak..
Tidak satu haripun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya ..
10 Orang yang sedang bersahur..
Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat berselawat kepada orang yang bersahur itu..
11 Orang yang menziarahi orang sakit..
Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70 000 malaikat untuk berselawat kepadanya..

No comments:
Post a Comment