Aku kerap menarikan jejari mengikut rentak hati dan naluri.Di pinggir hati terkadang ada sesuatu yang ingin diluahkan.Di sudut rasa ada keluhan yang ingin kulontarkan.Jauh-jauh.Biar perginya tidak mungkin kembali lagi menjenguk hati yang selalu kabur dimamah sepi dan resah.Pada mereka tidak mungkin kuluahkan segalanya.Semua yang terlahir melalui coretan begitu hipokrit bagiku.Aku meratah kegembiraan mereka......aku selongkar kemesraan mereka....yang ku kira dapat membahagiakan sekeping hati seorang aku.
Pada angin pagi bisikkanlah salam rindu ini padanya....layarkan gelodak rasa agar ianya hilang bersama desir angin pagi yang berlalu....
Aku hanyalah insan biasa.Aku tidak mempunyai apa-apa untuk kuhayati bagi meluangkan masa-masa yang datang dan pergi.Ingin sekali aku menjadi seperti mereka...bahagia...mesra dan amat ceria sekali melalui detik-detik indah bertemankan pasangan masing-masing.Namun kenapa tidak bagi aku.....?Ramai yang berkata alam pertunangan adalah seindah alam kayangan.Selalu impian akan menjadi kenyataan.Apa yang dihajati akan tertunai oleh insan tersayang.Benarkah??.....
Ingin ku pungut mawar merah di lereng bukit...ingin ku gubah menjadi jambangan mekar yang terindah dan tercantik.Ingin ku ilhamkan puisi rindu diangin lalu....tapi tidak kesampaian.Allah memang telah mengaturkan yang terbaik buat kita.Untuk kita menilai baik buruknya sesuatu....begitu bersahaja rakan ku membicarakannya dalam kata-kata.Mungkin betul kata-katanya itu....tetapi hati ini belum dapat mengiyakannya seratus peratus.
Aku mengenalinya melalui rakan baikku.Seawal perkenalan dia memang mesra dan begitu menghiburkan...sehinggalah kami bertunang.Dia seakan dingin...sedingin salju di kutub utara.Dia sehambar mungkin....tiada gurauan apatah lagi usik mengusik.Setiap kali pertemuan...dia banyak menyepi.Apakah kedinginan ini menandakan tiada lagi ruang untukku di hatinya?....Semua persoalan tiada jawapan.Setiap persoalan tanpa penjelasan.Aku kerap kali meneka dalam kekaburan.Semua jawapan yang ku tagih penuh kekeliruan.Mengapa ini yang terjadi di usia pertunangan yang amat muda ini.Aku bingung dan amat bimbang.
Sayang......aku menghitung hari...moga kita bisa meleraikan segala kekusutan ini...gelodak rasa yang membara buatmu.Adakah aku hanya pendatang di hatimu yang sekontang kasih dan sayang ini......ahh....Andai ada waktu dan ketika hadirlah kau sayang.Basahilah hatiku dengan kemesraan yang amat kurindukan itu.......
Di hatiku masih menyusun melodi kasih seutuhnya buatmu.Harapanku moga Allah akan menyelamatkan hubungan ini....moga ianya berakhir dengan ikatan yang sah buat kita berdua.Andai ada keterlanjuran bicara aku menghulur keampunan darimu kasih.Sedarilah bahawa hatiku..sayangku..cintaku hanya buat mu seorang.
Biarlah aku mengundurkan diri buat seketika.Pada sang beburung yang berkicau merdu...sambutlah salam sayangku buatmu.....hanya kau satu di hatiku....


No comments:
Post a Comment