Thursday, 23 May 2013

DIKAU

SORE yang panjang ini
ku cari mu antara bebayang
namun tidak ku temui
di manakah dikau
siapa di sisi
hingga kehadiran ku
tidak pernah kau sapa
apa lagi bertanya khabar
tiada lagi ceritamu
sejuta pertanyaan
kau biar dengan kebisuan.........





KUSEDAR siapa diriku
umpama melukut di tepi gantang
terasa hinanya daku
malunya daku
di pinggir harapan yang musnah
di tepian hati mu yang beku
merobek ketenangan ku.....

HARAPAN ku saat ini kau bahagia
di samping mereka yang kau sayang dan puja
kan tertutup pintu hati
kerana kau semakin menjauh
terasing dan terpinggir
sengaja kau letakkan dirimu
di tanda tanya persoalan.......

BAHAGIALAH dikau
bahagia semahumu
terima kasih kerana berjaya
membuat hati ku semakin terluka.



No comments:

Post a Comment