Kemelut perhubungan..
Mampukah aku terus..
Berdiri teguh tanpa goyah..
Sedang di kiri ada duri..
Di kanan ada sekuntum mawar..
Di hadapan terbentang halangan
Di belakang masih ada resah..
Mampukah aku untuk terus begini.....?
Kemelut perhubungan..
Menjauh bukan kerana aku membenci..
Atau merasa sakit hati..
Menjauh kerana memberi peluang..
Menjejaki erti sebuah hati naluri..
Kerana kitra tidak pasti..
Bisa memiliki semuanya sekali..
Kemelut perhubungan..
Untuk menggapai impian seindah pelangi..
Kadang kala kita terpaksa..
Melepaskan sesuatu yang berharga..
Biarkan ianya pergi dari sisi..
Buat selama-lamanya.
27 Jun 2012

