Thursday, 28 June 2012

~~Kemelut Perhubungan~~Ann nuur


Kemelut perhubungan..
Mampukah aku terus..
Berdiri teguh tanpa goyah..
Sedang di kiri ada duri..
Di kanan ada sekuntum mawar..
Di hadapan terbentang halangan
Di belakang masih ada resah..
Mampukah aku untuk terus begini.....?

Kemelut perhubungan..
Menjauh bukan kerana aku membenci..
Atau merasa sakit hati..
Menjauh kerana memberi peluang..
Menjejaki erti sebuah hati naluri..
Kerana kitra tidak pasti..
Bisa memiliki semuanya sekali..

Kemelut perhubungan..
Untuk menggapai impian seindah pelangi..
Kadang kala kita terpaksa..
Melepaskan sesuatu yang berharga..
Biarkan ianya pergi dari sisi..
Buat selama-lamanya.

27 Jun 2012

Monday, 25 June 2012

~~SEBUAH LAKARAN RINDU~~


Gerimis petang..
Dinginpun mencengkam..
Terusik kalbu..
Terdengar alunan irama..
Mengingat minda pada sebuah nostalgia..
Zaman anak-anak yang telah..
Jauh ku tinggalkan..
Dalam peredaran waktu..
Datang dan pergi..
Tanpa timbang rasa..
Demi kelangsungan sebuah kehidupan.
Gerimis petang..
Terus membasahi bumi..
Yang kering semalamnya..
Pun hari-hari kelmarin..
Tersentuh hati..
Pada hangatnya kasih..
Ayah dan ibu..
Yang telah lama menyahut panggilan Illahi..
Cerimis petang..
Terus melagu pilu..
Terpinggir dari kejauhan..
Kemesraan yang semakin pudar..
Tercampak aku ke sempadan..
Antara kebenaran dan kesangsian..
Sebuah persaudaraan..
Yang paling bermakna..
Lalu membekas lakaran rindu

~~~SEMALAM~~~


~~Semalam~~
Hadirmu umpama bayu yang berdesir
Meniup lembut ke pipi
Menyapa pagiku yang hening
Merawat sayang di kelopak hati
Singgah menyirami mawar harapan
Yang mekar mengharum taman
Dalam debar impian
Menggunung bersama cita dan cinta.....

~~Semalam~~
Datangmu bersama suria
Yang memancar seindah pelangi
Membisik suara kedamaian
Mengelus perlahan di tabir masa
Mengejari ombak-ombak harapan membunga
Menyulam menjadi ukiran hidup 
Cantik luhur penuh bermakna.....

~~Semalam~~
Namun ianya pantas berlari
Mencari dedaun masa yang pergi
Bersama impian terluka
Pabila mendung redup menghampiri
Tiada lagi bayang-bayang itu
Hilang tersembunyi di sebalik suratan takdir
Bersama pilu sendu dan air mata
Lemah longlai dan kelu terkedu
Harapan yang menggunung
Hancur bersepai
Hasrat dan cita-cita berserakan
Cinta bagai sembilu menusuk
Penuh kepedihan.......

Sunday, 24 June 2012

~~KAMPUNG HALAMANKU~~


Bila terlihat gambar itu..
Aku termenung seketika..
Ingin kubuka lipatan kenangan..
Yang bersemadi di sudut ingatan.

Daerah itu..
Dahulu aku amat berbangga sekali..
Itulah dunia usia kecilku..
Remaja terindahku..
Dewasaku yang terpaksa..
Kutinggalkan sekian lama.

Kutatap gambar itu puas-puas..
Ada titisan air di kelopak mata..
Ada rasa sendu yang tidak mampu..
Kupendam lagi.

Namun aku akur..
Helaian dedauan masa yang terlerai..
Aku tidak mampu mengulanginya semula..
Saat-saat paling indah..
Paling bermakna buat seorang aku.

Sesekali terasa kerdilnya diri ini..
Disimbah dugaan demi dugaan..
Namun demi menegakkan KeagunganNYA..
Aku tetap pasrah.

Saat ini aku ingin mengukir rindu..
Di dada malam yang kelam..
Tiada bintang..
Tidak juga ada bulan yang menemani..
Kurawat sendiri rindu ini..
Dalam sepi bicara ini..
Pada sebuah daerah yang tercinta..
Kampung halamnku



~~Untuk Anak-Anak~~


Ketika dinihari lenaku terganggu..
Ku hadirkan diri ke kamar putera dan puteriku..
Memandang ke raut wajah kudus yang terpamir..
Ketika tidur mereka begitu lena dan tenang..
Mungkin hadirnya mimpi-mimpi indah alam remaja..
Aku tersenyum puas..
Anak-anakku..kalianlah pengubat lara dan sepiku..
Kalianlah penawar segala dukaku..
Tidurlah sepuas-puasnya..
Kerana pabila kalian terjaga ..
Hari yang kalian lalui..
Bukan lagi mimpi-mimpi terindah kalian..
Di sana cabaran..dugaan..
Sedang menanti untuk kalian tempuhi.

.........................................................................................................................................

 Wahai anak..
Pesanku bukan melulu..
Pesanku seiring dengan doa..
Bukan untuk merasa bangga..
Hanya sekadar memberi nasihat dan ilmu yang berguna..
Untuk kau terokai masa-masa yang hadir..
Untuk kalian lewati.