Kau...
Ramadan yang hampir berlalu
meninggalkan sejuta kenikmatan
Tatkala hati semakin membeku
dan rindu semakin kaku
Kau beri salam penuh keikhlasan
bersandarkan persahabatan silam
Yang masih bersisa dijamah masa
Terpantul segala kemanisan semalam
Terbias oleh kenangan terindah
di sebalik sebuah ikatan....
Mereka...
Syawal yang semakin menghampiri
Kuharap ianya dapat menghapuskan
segala kekusutan mahupun pertelingkahan lama
antara sesama kita.
Lupakan sahaja segala cerita duka
lenyapkan semua segala nestapa
singkirkan semua yang masih terpendam
di sudut sanubari...
serikan cerita baru
coretkan semua dalam buku kenangan
yang bernama Hari Raya.
Aku...
Menjunjung kasih penuh harapan
agar antara Kau ..Mereka..dan Aku
bisa mewarnai semula
selingkar kisah kehidupan
yang semakin kehujungnya
agar tetap menjadi
nostalgia rahsia penuh bermakna
abadi dan luhur
Sepanjang Ramadan dan Syawal...
Semurni kasihku yang membiru.



No comments:
Post a Comment