Peperiksaan percubaan tinggal beberapa minggu saja lagi.Lisa mula diburu resah.Gelisah.Terkadang tidur malamnya sering terganggu.Sesekali telinganya terngiang-ngiang suara ayahnya...Pak Harun yang agak tegas menegurnya..."lagi-lagi bola jaring...lagi-lagi bola jaring...bagi tumpuan pulak pada pelajaran...ayah tak mahu tengok Lisa gagal".Lisa masih tak dapat melupakan teguran tegas yang amat menghiris hatinya.Lisa tahu ayahnya amat mengharapkan kejayaannya kali ini.Lisa pasti juga ayah dan ibunya tidak mahu kecewa bagi kedua kalinya.Namun betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Lisa mula menyedari kesilapannya yang lalu.Semasa mahu menghadapi SPM...Lisa masih sibuk dengan aktiviti sukannya...olahraga dan bola jaring.Tambahan aktiviti seninya yang banyak menagih masa Lisa untuk terus menyertainya hinggakan ruang waktu yang sepatutnya diisi dengan menelaah diabaikan begitu sahaja.
Keputusan SPM yang diperolehinya dua musim yang lepas tidak begitu membanggakan.Lisa hanya memperolehi 1A itu pun dalam Bahasa Malaysia sahaja.Kegagalan Lisa memperolehi keputusan yang cemerlang membuatkan Lisa tidak dapat melanjutkan pelajarannya ke institut pengajian tinggi.Ianya amat mengecewakan Pak Harun dan ibunya,Mak Mimah.Berbanding pula dengan kedua-dua abangnya,Aliff dan kakaknya,Aliya,Lisa merasa amat jauh ke belakang.Abang dan kakaknya masing-masing memperolehi 9A dalam SPM.Kejayaan yang cemerlang itu telah berjaya menempatkan kedua-dua mereka ke menara gading.Sekarang abangnya menuntut di UM manakala kakaknya pula menuntut di UUM.
Pagi yang cerah dan ceria itu membuatkan Lisa bersemangat menjamah nasi lemak hasil air tangan ibunya.Sambal tumis ikan bilis yang merupakan lauk kegemarannya dijamah dengan agak gelojoh sedikit.''Emmm sedap'' bisik hati kecilnya.Lisa mengakui ibunya memang pandai memasak.Semenjak menjadi suri rumah tangga sepenuh masa...masa Mak Mimah banyak dihabiskan di rumah sahaja.Wanita yang berusia 44 tahun itu sewaktu mudanya menjadi guru Tadika Kemas.Namun kerjayanya itu terpaksa dikorbankan setelah kelahiran anak sulung kembarnya,Aliff dan Aliya yang kini sudah berusia 21 tahun.
''Lisa makanlah perlahan-lahan sikit............nanti tercekik kan susah''tegur mak Mimah lembut.
''lisa balik pukul barapa hari ni?''Mak Mimah bertanya pula.
''Mungkin Lisa balik lambat sikit.Lepas habis sekolah Lisa nak ulang kaji bersama kawan-kawan''jawab Lisa perlahan.
''Jangan lambat sangat ye,nanti ayah marah''pesan Mak Mimah.
Lisa mengangguk lambat-lambat.Semalam Lisa sudah berjanji dengan Aina dan Fahri untuk mengulang kaji bersama-sama.Aina merupakan sahabat karib Lisa.Di mana ada Lisa di situlah ada Aina.Begitu juga dengan Fahri.Antara ramai-ramai rakan lelaki hanya Fahri yang rapat dengan Lisa.Hinggakan kadang-kadang mereka dikatakan sedang berpacaran.
Fahri adalah ketua pengawas di SMSK.Orangnya sederhana tinggi..tampan dan berkulit agak sawo matang.Fahri juga merupakan antara lima pelajar terbaik termasuk Aina.Entah di mana silapnya Lisa pun tak tahu kenapa namanya terkeluar daripada senarai tersebut.Lisa bukan suka membuang masa begitu saja namun puas Lisa berusaha namun hasratnya untuk merebut senarai itu selalu tidak berhasil.Walau bagaimanapun Lisa mengakui Fahri memang bijak orangnya.Begitu juga dengan Aina yang merupakan sepupu Fahri sendiri.Dalam diam terdetik satu perasaan buat Fahri...pelajar lelaki yang mempunyai ramai peminat itu.Lisa pada mulanya tidak menyedari akan hakikat tersebut.Tapi lama kelamaan Lisa dapat merasakan ada suatu perasaan yang dirasakannya apabila Fahri tidak hadir ke sekolah............... Rindu.Resah....Ah.....Lisa tak pasti.Namun rahsia hatinya tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun termasuklah Aina.Biarlah ia menjadi rahsia milik peribadi Lisa.
"Apa yang awak menungkan tu Alisa...Ingatkan kekasih ke?"...tegur cikgu Rahim di suatu pagi.Lisa yang terdengar namanya disebut itu tersentak dari lamunan.Semua mata rakan-rakan tertumpu pada Lisa.Lisa malu.Gugup.
"Waktu belajar buat cara belajar..jangan pulak mengejar cinta.Nanti pelajaran ke mana..cinta entah ke mana"...tambah cikgu Rahim lagi.Terdengar ada beberapa orang rakan sekelas yang nakal ketawa kecil di belakang.Lisa mengetap bibir.Geram.Sakit hati.Lisa akui semenjak dia rapat dengan Fahri berbagai gossip terdengar di telinganya.Tapi Lisa mahupun Fahri buat tak kisah.Lantaklah....fikirnya.Tetapi teguran yang selalu Lisa terima daripada cikgu Rahim benar-benar membuatkan kemarahan menguasai dirinya.
"Jangan-jangan cikgu Rahim tu syok kat kau Lisa".....usik Aina membelah ketenangan waktu rehat mereka.Fahri yang kebetulan berada di sisi Aina terus menoleh ke arah Lisa.Serius.
"Kalau dengan cikgu macam singa tu buat apa?"....jawab Lisa cepat-cepat.
"Tak ingin"...tegas Lisa.Fahri diam mendengar perbualan mereka.
"Okey petang nanti kita study kat Pusat Sumber...."arahan Fahri.
"Okey Boss"....balas Aina dan Lisa serentak...secara bergurau.
Begitulah seharian waktu mereka diisikan dengan menelaah..belajar...mengusik..ketawa....tanpa henti.
Hari terus bertukar.Kini peperiksaan percubaan yang ditunggu telahpun bermula.Sedari awal hari pertama peperiksaan hinggalah hari terakhir ,Lisa dapat menjawab solan dengan tenang.Pesan ibu tak pernah dilupakan.Ibu selalu berpesan agar menjawab dengan tenang dan memulakan dengan bismillah.
"Alisa..bagaimana ?Boleh jawab?"...tanya cikgu Rahim lembut.
"InsyaAllah ....boleh"...Lisa menjawab ringkas.Di perhatinya cikgu Rahim yang agak tersenyum simpul itu.Cikgu Rahim adalah guru Matematik.Orangnya cerah berkaca mata dan agak tampan.Biarpun sudah menjangkau usia 30 tahun namun masih bujang.
Selesai peperiksaan percubaan...semua pelajar membuat ulang kaji sendiri di dalam kelas.Sesekali mereka mengadakn kumpulan perbincangan.Sudah tentu Lisa pasti bersama Aina dan Fahri.Mereka agak serasi bertiga.Azam Lisa biarlah kali ini keputusan menyebelahinya.Lisa mahu membuka mata ayahnya yang selalu merungut tanda tidak puas hati setiap kali keputusan keluar.Selalu nama abang Aliff dan Kak Liya disebut-sebut....diulang-ulang.Benci Lisa mendengar pujian yang menggunung itu bertalu-talu sampai ke telinganya.Kali ini Lisa mahu membuktikan Lisa pun boleh...boleh berjaya.Berbekal harapan ....Lisa selalu berdoa di dalam hati......
"Pengetua mahu berjumpa pelajar yang gagal dalam peperiksaan percubaan kali ini", suara Cikgu Rahim yang lemak mematikan lamunan Lisa.Lisa tersentak.Matanya merenung wajah Cikgu Rahim.Tepat.Sesekali terdengar suara rakan-rakan di belakangnya.....bagaikan bergossip sesama sendiri.
"Saya dapati markah awak semuanya menurun...kenapa?".....soal Cikgu Rahim seolah minta penjelasan.Wajah Cikgu Rahim yang mulanya tenang sedikit berkocak.Namun ketampanannya masih terserlah.Matanya merayap ke setiap wajah pelajarnya.Tiba ke wajah Lisa...Lisa mematikan renungannya terhadap Cikgu Rahim.Tunduk.Lisa takut kalau-kalau dia adalah calon yang gagal itu.Pasti Lisa akan mengecewakan ayahnya lagi.Pasti Pak Harun selaku Ketua Kerani di salah sebuah sektor awam itu membebel lagi.....ahhh...keluh Lisa.Perlahan.Dalam hati.
"Awak mesti meningkatkan prestasi awak dalam semua subjek...Ingat!STPM cuma tinggal lima minggu saja lagi.Masa yang suntuk tapi masih ada ruang kalau awak mahu berusaha....Ingat...STPM adalah matlamat awak sekarang.".....pesan Cikgu Rahim lagi.Selaku guru kelas sudah tentu Cikgu Rahim tak mahu melihat pelajarnya gagal.
Petang itu sekembalinya Lisa dari sekolah..dia terus memerap di dalam bilik.Ulangkaji pelajaran...fikir Mak Mimah.Mak Mimah membiarkan Lisa sendirian.Mak Mimah tahu Lisa barangkali membuat persiapan akhirnya.
Di sekolahpun Lisa agak berlainan sekali.Sepatah soalan yang Aina ajukan...sepatah lah jawapannya.Fahri mengerti kenapa Lisa agak menyepi...namun enggan bertanyakan apa-apa.Fahri sedar akan kedudukan Lisa di mata ayahnya, Pak Harun.Fahri turut bersimpati.Sesekali ekor mata Fahri menatap wajah lembut Lisa.Cantik...bisik hati kecil Fahri.Fahri mengakui dalam diam bahawa gadis kuning langsat yang berwajah bundar itu amat menarik hati lelakinya.Mungkin bukan hati dia saja malahan hati Cigu Rahim barangkali.Timbul rasa cemburu di hati Fahri.Tapi apakan daya....masa ini adalah masa untuk menimba ilmu di dada.Kalau ada jodoh ...tak ke mana....fikir hati kecilnya.
.....Kini perjuangan sebenar tinggal seminggu saja lagi.Seperti selalu Lisa mulai cemas.Masa yang terluang diisikan dengan sebaik mungkin.Di sekolah Lisa kerap berbincang bersama Aina dan Fahri.Apa yang kurang difahaminya pasti akan diajukan soalan kepada Aina ataupun Fahri.
Hari bertukar hari.Masa terlalu pantas beralih...dan beredar.Akhirnya peperiksaan sebenarpun bermula... dan berurutan selama tiga minggu.Alhamdulillah dengan segala persiapan yang ada serta nasihat daripada guru-guru teristimewa Cikgu Rahim...Lisa dapat menjawab soalan dengan tenang dan bersemangat sekali.Sehinggalah peperiksaan tamat.Lisa benar-benar lega dan amat tenang.Dadanya lapang.Tiada bebanan lagi.Puas.
Kini Mac datang lagi.Tetapi Mac yang datang kali ini membawa seribu erti debaran buat Lisa.Mac yang akan menentukan nasib masa depannya.Lisa datang awal ke sekolah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan STPMnya.Rupanya telah ramai rakan-rakannya yang terdahulu sampai lebih awal daripadanya.Aina dan Fahri masih belum tiba lagi.Mungkin masih di dalam perjalanan..bisik hati kecil Lisa.Wajah bundar yang manis itu sedikit cemas dan gelisah.Kain tudung yang berwarna biru laut itu terkibar perlahan dek hembusan angin pagi.Jam di tangan menunjukkan ke pukul 9.30 pagi.Masih ada setengah jam sebelum keputusan diumumkan.
Dari jauh senyuman Aina dan Fahri membangkitkan semangat Lisa.Mereka bertiga bergurau kecil kerana sudah agak lama tidak bertemu.
Masa yang ditunggu sudah tiba.Lisa dan rakan-rakannya mendapat tahu bahawa peratus kelulusan tahun itu tidak begitu memberangsangkan.Dari kejauhan jarak...Lisa dapati ada rakan-rakan yang girang dan ada yang murung...apabila kertas putih terpegang di tangan masing-masing.Keputusan peperiksaan telah diserahkan kepada pemiliknya.Lisa cemas menunggu giliran.
"Aisya Alisa binti Harun".....suara Cikgu Rahim lembut memanggil nama Lisa.Cikgu Rahim tersenyum mesra.
"Tahniah...awak berjaya dengan 5A"...balasnya lagi.
Lisa menyambut ucapan tahniah itu dengan mengucap syukur ke hadrat Illahi.
"Alhamdulillah...".....matanya menatap perlahan kertas putih itu.Air mata syukur mengalir perlahan membasahi pipi gebu bundarnya.Terbayang jelas di depan matanya wajah Pak Harun ynag pasti tersenyum puas itu.Fahri merenung wajah Lisa dalam-dalam.Hatinya berbaur gembira kerana dia juga mendapat kejayaan seperti Lisa.Cuma Aina yang kurang bernasib baik kerana memperolehi 4A sahaja namun tetap bersama kesyukuran.
"Ayah lihatlah kejayaan anakmu ini".....bisik Lisa di dalam hati.Lisa mahu ayah...ibu...abang dan kakak meraikan sama kejayaan yang telah lama diidam-idamkannya itu....
TAMAT
No comments:
Post a Comment