Suara malam yang sepi...sesekali kedinginannya yang lembut..memaksaku mencoret di dada nota buat menyimpul nostalgia kelmarin.Coretan yang ku kira akan mengimbas sejarah lama sewaktu di alam persekolahan.Istimewa semasa di alam kanak-kanak iaitu sekolah rendah.
Masih terbayang di ruang mata saat-saat indah maupun lucu ketika mula melangkah masuk ke kelas 1B.Masih kah kalian ingat?.....aku memang sewaktu itu belum pernah menjejakkan kaki ke kelas tadika namun semangat untuk bersekolah membuatkan aku tidak gentar pada hari pertama tersebut.
Malam makin lanjut...makin sepi...mata pula sukar lelap walaupun kedinginan amat terasa sekali.Ah..biarlah kuteruskan coretan ini....
Seingat aku hari pertama persekolahan itu telah menemukanku dengan rakan-rakan baru.Haza...Nisah...Aziam...Rohana...Ramsyimah...Zaitun....dan ramai lain.Sekiranya aku catatkan nama-nama mereka mungkin dada nota ini hanya dipenuhi dengan nama rakan-rakan sahaja...Walaupun ramai rakan-rakan yang kutemui namun rakan sepermainan sekampung memang tidak berenggang dariku....Hasmaliza atau dikenali dengan panggilan mesranya...Has.
Seingat aku di dalam kelas aku duduk berdua dengan Haza.Rakan yang comel dan manis....aku senang sekali berkawan dengannya.Cikgu Zainudin bin Puteh adalah guru kelas kami waktu itu.Orangnya segak..tampan..bergaya..namun sesekali apabila kemarahan menguasai dirinya...semua menjadi takut...kecut...menikus apabila dimarahi.
Begitulah hari-hari yang berlalu...kami diajar,dididik supaya suatu hari akan menjadi insan yang berguna.Sehinggalah akhir tahun dan kami akan meneruskan persekolahan selanjutnya.....
Semasa darjah dua ..kami bersekolah mngikut sesi petang.Darjah dua dan empat adalah sesi petang.Begitulah selanjutnya....Waktu rehat tumpuan aku dan rakan-rakan adalah bermain.Macam-macam permainan yang kami main diwaktu rehat.Kalau tak silap aku semasa darjah dua...barulah aku mengenali dengan lebih dekat pada seorang rakan yang terlalu kemas dan bersih...Akma atau Intan namanya....Akma nampak bergaya dan macam orang berada.
Siapa sangka walaupun puluhan tahun berlalu...namun kita masih mengenali satu sama lain.Kita masih berhubung walaupun tidak sekerap mungkin namun kita masih berkawan melalui FB.Kenangan akan sentiasa hidup setiap kali kita berhubung mesra.
Hati...setiap kali terimbau nostalgia lampau..pasti hati dipeluk kerinduan.Entah mengapa tabir malam yang sepi membekaskan kerinduan yang teramat buat seseorang di hati ini.Cikgu Kamariah binti Baharuddin.....nama yang tidak asing lagi bagi kita.Bagiku beliau adalah guru yang selalu bertepuk di hati ni...beliau selalu bercerita...bergurau...sesekali memarahi kita.Namun wajahnya yang lembut,ayu dan senyumannya yang manis begitu mencuit hati kita.
Rakan-rakan semua....walaupun aku merasa tersisih sesekali....namun nama mahupun wajah kalian tetap tidak akan luput dalam memoriku.Dari sekolah rendah perkenalan bermula sehinggalah di usia kini kita ditakdirkan masih bersama.Jarak dan masa telah memisahkan kita namun kenangan tidakkan luntur...buat selamanya.Aku bersyukur di atas kejayaan kalian semua....Akma,Haza,Nisah,Rohana,Aziam dan nama-nama yang tidak dapat kunyatakan....aku berbangga sekali kerana mengenali kalian.Aku berterima kasih kerana kalian pernah dan masih menganggap aku salah seorang daripada rakan kalian.
Untuk Has....walaupun kita bergelar suri rumah namun masa kita tetap tidak tersia begitu saja.Masih ada yang perlu kita persiapkan demi masa depan anak-anak.
Jam semakin lewat.Dinihari sudahpun berlalu.....sebelum coretan ini tiba di nokhtah terakhirnya.....aku ucapkan salam persahabatan yang luhur lagi ikhlas buat rakan-rakanku.Ianya adalah sekadar luahan
ikhlas tanpa ada prasangka di hatiku.Sekalung doa padaNya moga kita diberkati dalam apa jua yang bakal mendatang.......selaut kasih buat rakan-rakan semua........


No comments:
Post a Comment