Friday, 26 April 2013

ANTARA DOA DAN HARAPAN....


     Sesekali hati ini berharap semoga kejayaan sentiasa melingkari kehidupan anak-anakku...Sebagai seorang ibu...aku mahu melihat mereka berjaya di dalam hidup...masa hadapan mereka secerah mentari yang baru terbit dari peraduan.

     Seringkali aku berdoa yang paling kudus dan luhur dari hati semoga suatu hari kehidupan mereka seindah pelangi ....Itulah sekalung doa yang sering aku pohon ke hadrat Ilahi untuk anak-anakku.

     Semua ibu-ibu mengharapkan sebegitu untuk anak-anak mereka. Biar mereka berjaya menggapai impian dan matlamat hidup yang cuma sementara ini. Namun tidak terkecuali mudah-mudahan mereka juga tidak lupa pada kepentingan solat dan melakukan yang terbaik demi keredhaan Ilahi.

     Selalu aku berpesan sebagaimana yang dituntut oleh agama. Menjaga tata susila dan budi pekerti selari dgn keramahan bicara dan kemesraan persaudaraan. Menjaga pergaulan agar tidak tergelincir daripada batas-batas agama dan susila. Sentiasa menjaga tata tertib dan perilaku tidak kira walau dimana kita berada.

     Sebagai seorang ibu..aku sentiasa memberi tunjuk ajar mana yang kurang jelas di mata mereka.Aku bukanlah seorang ibu mithali tetapi rasanya semua itu telah mula aku perdengarkan sejak mereka melangkah ke usia di mana mereka mula mengenal buruk dan baik...

     Di dalam pelajaran..aku mengajar mereka apa yang tidak mereka fahami. Sama-sama belajar dan mengajar....sama-sama mencari jawapan apa yang kurang difahami. Sehinggalah ke saat di mana aku sudah tidak mampu menguasai pelajaran tersebut lagi.

     Pernah aku menjadikan kejayaan anak-anak saudaraku sebagai 'idola' untuk mereka maju di dalam bidang pelajaran. Aku ambil contoh kejayaan mereka dan menjadikan cerita yang beralaskan kerajinan membawa kejayaan.Semua itu untuk anak-anakku.

    Anak-anak...belajarlah selagi ada masa...Masa itu adalah amat berharga. Masa itu umpama emas.....
Jangan kalian leka diulit impian yang tidak kesampaian.Jangan kalian alpa dek FB yang semakin mencabar tuntutan masa kalian. Ingatlah...jangan persiakan masa ini kerana masa tidak boleh berputar kembali.Masa terus berlalu mengikut detik demi detik...jam demi jam...dan beralihlah hari ke minggu...begitulah seterusnya.

     Anak-anakku... jangan jadikan harapan ku umpama pasir yang tidak bermakna.....mudah terhakis di tiup angin yang kencang mahupun ombak yang bergelung mengejar pantai.Jadikanlah doa ibumu ini bermakna dan mendapat kerehaanNYA. Moga doa dan harapan ku ini menjadi azimat kalian untuk terus berjaya......Insya Allah...



No comments:

Post a Comment