Biarkan aku menulis
dan terus menulis
usah dihalangi kemahuanku
biar terus ku bercerita
kerana hidup ini satu sandiwara
di atas pentas dunia sementara
Biarkan aku menulis
dan terus menulis
meneroka ceritamu dan mengutip ceritaku
menjadi satu lagu
atau mimpi di alam nyata
Biarkan aku menulis
dan terus menulis
biar aku dimamah sepi dan sunyi
walau aku didakap ceria
dan sentuhan mesra
kerana di sana ada cinta
ada kasih sayang yang menunggu
untuk ku lahirkan sebuah kisah
Biarkan aku menulis
dan terus menulis
selagi ada rongga-rongga waktuku
untuk ku isikan sebuah karangan
selagi tak akan usai cerita kehidupan


No comments:
Post a Comment