Malim Nawar....
dahulu aku bangga sekali
kerana bumimu adalah
tanah kelahiranku
tempat persekolahan
taman sepermainan
aku bangga kerana
bumimu yang redup
tenang dan mendamaikan....
Malim Nawar....
kini aku terlalu asing bagimu
biarpun bibit-bibit rindu
kian membilang waktu
aku terasing dalam kerinduan
yang amat mencengkam
terlalu payah ku telan
sebuah penghinaan yang lahir
dalam diri seorang dia.....
Malim Nawar....
entah bila langkah kakiku
akan menyapa bumimu
biar dalam nada benci
atau selaut rindu yang pasti
kerana di sana masih ada
mutiara yang kutinggalkan....


No comments:
Post a Comment