Sunday, 28 April 2013

PERMATA HATI BONDA


Tiada permata yang lebih bernilai
Tiada apapun yang berharga
Selain kasih sayang sejati
Buat permata di hati bonda.

Tanpa kalian hidup ini sunyi
Sepi umpama malam tidak berbintang
Tanpa kalian tiada bermakna
Sebuah kehidupan umpama gerhana
Gelita sepanjang masa.

Tiada ungkapan yang ingin dilafaz
Buat permata hati
Kerana saban hari
Luahan leteranku umpama nasihat berguna
Nasihat persis bak pesanan
Pesanan selalu berupa doa
Semoga segala impian terhajat di hati
Menjadi sinar yang pasti
Menerangi kehidupan kalian.

Wahai permata.....
Selalulah kalian sedar
Hari ini bukan semalam
Esok pula belum tentu ceritanya
Hidup umpama pusingan roda
Kelak kita di atas
Selalu pula menjunam ke bawah
Berbekalkan ilmu di dada
Berpandukan doa dan tawakkal
Kelak hidupmu terlaksana
Mengikut sunah terpuji.

Wahai permata.....
Hidup seperti dedaun di pohon rendang
Hijaumu hiasinya dengan
Amalan mulia
Kerana pabila kuning menampakkan wajah
Ianya sudah terlewat.....

Di setiap kesempatan yang bertamu
Usah dipersia atau alpa
Hilang pedoman bermaksud
Tenggelam di lautan kegelapan 
Bicara bonda sematkan di jiwa
Hiasi hidup dengan bunga-bunga taqwa
Agar hayat diberkati ILLAHI.

     Khas buat ketiga-tiga permata hati ku....adik..abang..baby










No comments:

Post a Comment