Friday, 24 May 2013

LAGU DAN KENANGAN ITU

~~KAMI BENCI DADAH~~


Dadah durjana 
Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara

Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami rempuh
Hancur dadah jaya rakyat

Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita
Perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu

Mari semua
Mari saudara
Jangan habiskan
Usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa...


Lagu ini.....mengimbau kenanganku semasa usia remaja.Waktu itu aku baru melangkahkan kaki ke SMSK...sebuah sekolah yang tidak asing lagi ..meniti dari bibir ke bibir.

Dunia yang mengajar aku erti jiwa remaja yang sering berpegang pada keseronokan..keindahan dan sesekali terselit kepahitan. Lagu ini adalah lagu wajib yang dinyanyikan pada awal sesi pembelajaran kami. Tidak kira mata pelajaran pertama ataupun guru pertama yang memasuki kelas pagi itu akan diperdengarkan bait-bait lagu tersebut. Kelas 6 Rendah Sastera waktu itu adalah kelas yang paling popular sekali.....bila menyanyi..kami akan menyanyi dengan lantang dan bersemangat sekali. Ah kenangan...biarpun sudah menjangkau dua puluh lima tahun ianya berlalu namun semua kenangan tersebut sering terakam kembali meniti usia ku. Bagi aku tahun 1985 dan 1986 adalah tahun-tahun yang begitu hidup dan paling bererti dalam sejarah kehidupanku.

Aku masih lagi ingat nama-nama guru-guru di waktu itu.Cikgu Halimaton selaku guru kelas 6 RS 1.Cikgu Hashim bin Mamat mengajar Sejarah Islam..sering melawak dan baik dengan pelajar. Cikgu Shaharudin bin Mat Asik...guru Sejarah Asia Tenggara..Cikgu Tan Lek Soon guru Ekonomi yang agak keterlaluan dan lucah berkata-kata...Cikgu Tan Yok Chew pula adalah guru mata pelajaran Geografi.

Aku bangga kerana menjadi salah seorang pelajar  SMSK pada masa itu. Banyak masa-masa ku dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran. Aku memang minat belajar. Tanpa disuruh atau dipaksa.Setelah beralih tahun aku masih kekal di dalam kelas 6 Atas Sastera 1.

Dunia remaja ku pun bermula seawal 1986. Indah dan amat manis sekali. Walaupun berakhir dengan kehampaan namun kepahitan yang aku alami beberapa tahun selepas itu kini menjadi suatu memori terindah dan termanis dalam kamus hatiku.

Aku kini hanyalah AKU yang tidak pernah menggapai semua impian yang pernah aku harapkan.Aku cuma ibu..isteri dan kini baru ingin memulakan hidupku dengan berniaga secara kecil-kecilan. Segala usahaku semasa bersekolah dan semua kejayaan yang aku raih selama ini akhirnya menuju ke matlamat ini. Mungkin aku sudah terlalu jemu menangisi nasibku.....tapi aku sedari segalanya adalah kehendak ILLAHI.

Jauh di sudut hati aku merasa tersingkir dan terasing daripada kawan-kawanku...Surya..Rohana..Mah..Jah..Wa..AE..Zhariah..Mazurah..Faridah..Magline..Praba .........
Jauh di sudut hati aku merasa amat malu terhadap kawan-kawan sekelasku seperti...Jaleel..Omar..Pozi..Fauzi..Ashraff..Hamdan..Ghazali ..Bad dan hampir semua rakan-rakan yang lain.

Mereka masing-masing menjunjung kejayaan yang tiada pernah aku rasai...tidak dapat aku miliki sampai bila-bila. TAHNIAH...kawan-kawan....atas kejayaan kalian pada hari ini.

TAHNIAH juga aku kalungkan pada sebuah nama yang tidak pernah aku lupakan sepanjang perjalanan ku selama ini..MF. Semoga kalian terus berjaya dan bahagia buat selamanya.......

Aku tetap aku yang dulu. Seorang gadis sepi semasa remaja....jolokan Cikgu Shaharudin suatu waktu dahulu. Seorang ibu yang sering mengharapkan kejayaan anak-anak. Seorang isteri yang sunyi tanpa perhatian dan layanan yang sempurna dari seorang suami. Duniaku hanya lagu-lagu kenangan yang boleh menceriakan hati dan perasaanku.








Thursday, 23 May 2013

DIKAU

SORE yang panjang ini
ku cari mu antara bebayang
namun tidak ku temui
di manakah dikau
siapa di sisi
hingga kehadiran ku
tidak pernah kau sapa
apa lagi bertanya khabar
tiada lagi ceritamu
sejuta pertanyaan
kau biar dengan kebisuan.........





KUSEDAR siapa diriku
umpama melukut di tepi gantang
terasa hinanya daku
malunya daku
di pinggir harapan yang musnah
di tepian hati mu yang beku
merobek ketenangan ku.....

HARAPAN ku saat ini kau bahagia
di samping mereka yang kau sayang dan puja
kan tertutup pintu hati
kerana kau semakin menjauh
terasing dan terpinggir
sengaja kau letakkan dirimu
di tanda tanya persoalan.......

BAHAGIALAH dikau
bahagia semahumu
terima kasih kerana berjaya
membuat hati ku semakin terluka.



WAJAH TUA ITU.....(Arwah Ayah Mertuaku)

Wajah tua itu
merenung ke arahku
tak tahu apa yg ada dalam hatinya...
tenungannya lama
dalam dan agak sayu...

Wajah tua itu
dahulu nampak ceria
bila kehadiran ku bersama suami dan anak-anak...
menggugurkan sedikit rindunya...
puteri bongsuku
selalu di jadikan bahan usikannya
bagaikan tak mahu berenggang walau sedetik...

Ada kalanya
wajah itu mengharap kudratku...
aku akur demi menjaga hatinya
aku redha walau ada ketikanya..
permintaannya seolah mendesak
persis kata muktamat darinya...

Wajah tua itu
kini tidak akan kami tatap lagi..
perginya menyahut panggilan Illahi...
perginya dengan nada tenang
ada sekilas senyuman di bibir..

Kini detik waktu bertukar pergi..
hanya kenangan tersemai di hati
kerusi tempat dia menunggu kedatangan kami...
tinggal lesu dan kosong
tiada lagi leterannya
tiada lagi permintaannya...
segalanya tinggal sunyi dan sepi
tiada lagi dendangan lagu-lagu klasiknya setiap ambang sore...

semuanya tggal kenangan.





Monday, 20 May 2013

MEMORI SEORANG AYAH

SETIAP kali kami menjenguk ke kampung.....ayah setia menanti di ambang pintu...Hatinya puas apa bila kami berlima datang menziarahinya.....

RUTIN yang selalu ku lakukan adalah mengemas rumah ayah.....membersihkan halaman .....membersihkan ruang dapurnya......memang begitu tugas ku sewaktu arwah mak masih ada.....

TIDAK inginkan pujian....tapi ku lakukan seikhlasnya.....

RUMAH bapa suami ku adalah rumah ku juga....kadang kala ayah berpesan untukku lakukan itu ini......dan akan ku lakukan sedayanya demi memberi kepuasan kepada ayah.....itulah tugas seorang menantu perempuan......

PETANG itu aku dan suami menjenguk ayah....seperti selalu dia tetap duduk beristirehat di ambang pintu.....suka hatinya bila satu-satunya anak lelaki kesayangannya datang menziarah.

AYAH bercerita macam-macam dengan cerianya walau pun kami berdua dapati keadaan ayah yang semakin uzur....Sesekali aku mencelah...bertanya jika ada cerita-cerita yang kurang ku fahami........ayah pasti menjawab setiap pertanyaan tanpa berlengah.......Oh kenangan!

SETIAP selesai solat...aku tak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan ayah......semoga ayah mertuaku panjang usianya......Ya Allah.....

HARI terus berlalu pergi......tiada akan berulang semula......

PAGI yang hening dan agak dingin itu......seperti biasa aku tetap mendoakan semoga ayah sentiasa sihat dan panjang usianya.....aku tak sanggup kehilangan lagi.....tak sanggup......

DAN sedang sibuk menguruskan rumah tangga.....aku terima panggilan daripada suami tercinta......ku renung telefon bimbit....terbisik hati kecilku.....mungkinkah berita ayah.....lantas ku jawab salam suami......

RINGKAS dan tenang saja suara suami~~~ita ..ayah dah tak ada~~~aku terdiam...kelunya lidah......hanya air mata yang deras mengalir........

PETANG itu jenazah ayah dikebumikan di Changkat Berlingkor..Batu Gajah....
Kami waris-warisnya sempat mencium jenazah buat kali terakhir....menatap wajahnya semasa di dalam liang .....juga buat kali terakhir..........

KINI tiada lagi orang tua.....ibu bapa ku telah lama pergi.....mak mertua pergi mengadap Ilahi pada 29 hb.Mei 2010...dan menyusul pula ayah mertua ku pada 15 hb. Mei 2013....sayunya hati.....yang mampu aku lakukan hanya sedekah ayat-ayat suci Al-Quran.....In Shaa Allah......

TERUS tersingkap di memori ku.....tiap kali Syawal tiba.....rendangku tetap menjadi pembangkit selera ayah.....Tiap tahun aku pasti menyediakan rendang untuk ayah........Tapi kini..........

Hampir seminggu pemergian ayah....terus terkenang-kenang akan arwah yang berwajah senyum tenang mengadap Illahi....

SEMOGA Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Aamiin.....
Al-Fatihah.........







BICARA RINDU

RINDU mendakap sepiku.....
suara unggas berbisik perlahan....
rentak dedauan gemersik pilu.....
hati berlagu rindu yang resah.....
ingin mengumpul kenangan.....
dan bicara yang hilang.....
pada sudut penantian.....

SESEKALI cebisan gurauan.....
terukir semula di minda ragaku.....
suara tawa dan kemesraan itu.....
enggan pergi malah terus menghantui.......
itu kah kebahagiaan.....
menyapa tangkai hati.....
yang berbunga teratai ungu......

TEMAN jangan lupakan ku.....
biar terus di mamah waktu.....
biar apa yang bakal berlaku.....
mengganas dan hati kan rapuh kembali......
ingin ku lihat di sudut laman ku......
berbunga indah menjelang petang....
dan terus segar di pagi besoknya......

RINDU tetap bernyanyi lagi....
dalam irama syair yang puitis.....
salah kah jika rindu ini......
abadi dan terus bersemadi......
ingin ku laungkan nama mu....
tapi tiada suara......

BICARA yang tertangguh....
menari-nari di cuping telinga......
terus setia menjadi seraut memori.....
duhai hati.....
tabahlah.....sabarlah......
andai rindu ini dapat berbicara.....
khabarkan perihal dirimu.....
bagi meleraikan sejenak....
bisikan hati ku yang menyayangi mu.







Saturday, 18 May 2013

1 OKTOBER 2003


=penghujung Ogos 2003



=aku dan adik pulang ke desa



=rindu pd masakan mak



=asam pedas mak yg dah lama kuidamkan



=tp trnyata mak tidak sihat



=muntah2 dan tidak berupaya



=di waktu sore itu



=tika kami berdua bercerita



=spontan mak bersuara



+mak mungkin pergi thn ni juga..umur mak 63 thn sama mcm umur Rasullullah+



=ku tepis kata2 itu



=tak sanggup telingaku mendgrnya



=rupa2nya itu adalah kata2 terakhirnya



=yg menjadi nyata



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~pagi itu

~kami dikejutkan dengan berita

~emak jatuh sakit semula

~emak di hantar ke hospital Taiping

~tengahari itu kami semua bergegas

~melawat emak

~itulah kali terakhir

~ku tatap wajahnya

~setelah emak pergi

~baru kutahu rupanya

~saat akhirnya dia memintaku pulang

~teringin nak makan masakanku

~Ya Allah........

~tak tahu kenapa hajat terakhir itu

~enggan adik sampaikan pada ku

~hingga kini masih terkenang dalam sendu


30 JUNE 1992


30 hb Jun 1992

~menggamit dlm kenangan pahit



~seorang ayah yg terlantar



~dalam kesakitan yg amat perit



~terkenang pesan terakhirnya



~yg tak mungkin akan padam



~dalam ingatanku



~@jaga emakmu dan adik2@



~berulang kali





~dalam kepayahan yang nyata



~dalam sendu dan air mata



~ku angguk tanda mengiyakan



~namun dalam keterpaksaan



~ku tinggalkan ayah sebentar



~dan sekembalinya aku



~ayah sudah pergi buat selamanya



~lima minit sebelum ku tiba di katilnya



~Al Fatihah buat ayahku



~Hj Mohd Nordin b. Hj Ahmad